HYDRON in Utusan Malaysia 13/03/2011


Utusan Malaysia Online - Feminin

ARKIB : 13/03/2011

Hydron rangsang kulit sihat


KULIT rasa tidak selesa biar pun selepas dibersihkan? Keadaan itu bukan luar biasa. Ada pembersih wajah menyebabkan kulit muka berasa tegang. Seolah-olah ada sisa umpama sabun masih melekat. Tidak kurang juga kulit rasa berat dan melekit selepas menggunakan rangkaian set penjagaan kulit.

Yang pasti setiap produk mengandungi bahan-bahan popular seperti vitamin C, retinol dan hyraluronik. Persoalannya mengapa ia meninggalkan kesan yang berbeza pada kulit. Begitu juga sama ada

Rangkaian produk Hydron membawa catatan kesihatan dan kecantikan kulit yang tersendiri. 'Betulkan pH kulit dahulu, gunakan produk yang betul, barulah kulit menjadi sihat, ceria dan berseri-seri,'' kata Pengurus Jualan BioAclime Sdn. Bhd., Chin Sow Peng.

Katanya, Hdyron menawarkan teknologi terkini menjadikan rangkaian produk itu dalam kelas tersendiri bagi menangani masalah kulit.

Istimewanya, menerusi teknologi itu, bahan-bahan utama dalam produk Hydron 'dihantar' ke epidermis dengan berkesan menyebabkan kesannya dapat dirasa segera dan bertahan lebih lama.

Menggunakan dua teknologi yang telah dipatenkan iaitu self adjusting aclime dan hydron@polymer - kulit bebas daripada rasa 'berat', berminyak sekali gus dapat 'bernafas' dengan selesa.

'Penghantaran' bahan-bahan utama dalam produk Hydron seperti retinol dan vitamin c menggunakan teknologi tersebut dapat membetulkan pH kulit menjadikan kulit sentiasa segar. Rangkaian siri produk asas Hydron bagi kulit tidak bermasalah terdiri daripada pembersih wajah Microdermabrasion Self-Adjusting Cystals, pelembab, krim malam dan krim mata. Rasai kristal-kristal kecil lembut bertindak membersihkan wajah sambil memberi kesan lembapan. Manakala krim malam membantu mengembalikan kesegaran kulit tanpa rasa melekit.Set kulit bermasalah atau dikenali sebagai set rawatan profesional Hdron pula menawarkan H3P Vital Recovery Serum, Self-Adjusting Retinol 1.0 Serum, Pure Radiance Brightening Solution dan C3O2 Vitamin C & Multi-fruit Acid Concentrate. Antara masalah kulit yang terbukti dapat dirawat menggunakan set ini adalah masalah pigmentasi, jerawat dan warna kulit tidak sama rata. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-3124537.

No comments: